Saturday, July 19, 2008

Judul-judul 2007

1) WILAYAH CINTA

Judul: Wilayah Cinta
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Aimi Rahayu Abdul Rashid
Ilustrasi kulit: Mazni Alirfan bin Jani (Jepun)
Halaman: 167
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2007
Harga: RM13 (Harga promosi: RM11)

WILAYAH CINTA mengungkapkan sejumlah puisi garapan 15 orang penulis dari luar negara. Naskhah ini merupakan kesinambungan daripada antologi Al-Andalus Menangis pada tahun 2006. Puisi-puisinya bernuansi Islami, dan diungkapkan dengan pelbagai teknik penulisan.

Senarai penulis: 1) Aimi Rahayu Abdul Rashid 2) Ainaa Mardiah 3) Fieza Nur 4) Shaine Ali 5) Zaharah zahid 6) Yagamimy 7) Qalam Neirsya 8) Asyraffdini 9) Adibah Abdullah 10)Fahd Razy 11)Khairel 12)Khaleel el Wafy 13)Anis Nordin 14)SalamPutra 15)Muharikah


2) JALAN JAUH KE RAMALLAH

Judul: Jalan Jauh ke Ramallah
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Fazleen Razali, Rebecca IlhamJudul: Bahasa Bumi
Ilustrasi kulit: Mazni Alirfan bin Jani (Jepun)
Halaman: 232 (tak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-41715-9-9
Tahun: 2008
Harga: RM20 (Harga promosi: RM16)

JALAN JAUH KE RAMALLAH menghimpunkan 21 buah cerpen oleh 12 orang penulis terpilih. Cerpennya pelbagai dan rencam, semestinya mengangkat suasana semasa dan berwajah luar negara lantaran latar penulisnya yang berada di luar negara. Temanya menyentuh pelbagai isu termasuklah perbezaan mazhab, ketamadunan Islam, peperangan, sejarah, politik, dan sebagainya. ntara cerpen yang termuat termasuklah Hijrah Rachel, Je Zu Be, Izrail Sibuk di Gaza, Syahadah Jerusalem, Cinta Menyala di Constantinople, Sedingin Rabat, Jalan Jauh ke Ramallah, Amaan-Yuda, Menjelang Malam, Air Mata Abah, Rekah-Rekah Andalusia, dan banyak lagi.

Senarai penulis: Asyraffdini 2) Adibah Abdullah 3) Zaharah Zahid 4) Ummu Hani Abu Hasan 5) Hafez Iftiqar 6) Fieza Nur 7) Rebecca Ilham 8) Ainaa Mardhiah Suhaimi 9) Muharikah 10) Fazleen Razali 11) Nik Munirah 12) Fahd Razy



3) PAKEJ 2007


Dapatkan 1 set (3 judul buku) dengan harga RM35 termasuk pos.
- Al Andalus Menangis
- Jalan Jauh ke Ramallah
- Wilayah Cinta

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran tempahan (judul dan naskhah) kepada fahd_razy@yahoo.co.uk atau hubungi Fahd Razy di 0122968901 (nombor ini sah sehingga 7 September sahaja)
PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku.

No comments: